Oode.my
Daftar
Panduan penggunaan

Dari daftar hingga pesanan pertama — langkah demi langkah

Semua yang anda perlu tahu untuk menjalankan kedai online di Oode.my. Tiada kemahiran teknikal diperlukan — jika anda boleh guna WhatsApp, anda boleh urus kedai ini.

± 10 minituntuk siapkan kedai
Tiada caj transaksidaripada Oode.my
Terus ke akaun andapembayaran online
Sokongan[email protected]
Langkah 1

Daftar & buka kedai

Pendaftaran mengambil masa kurang dua minit. Anda terus mendapat alamat kedai sendiri seperti kedaianda.oode.my — tiada hosting atau pemasangan diperlukan.

  1. Tekan "Daftar" di laman utama, kemudian pilih pelan. Pelan percubaan 90 hari tidak memerlukan kad pembayaran.
  2. Isi maklumat kedai — nama kedai, alamat subdomain, nama anda, emel dan no telefon.
  3. Sahkan emel dengan kod 6 digit yang dihantar ke emel anda.
  4. Kedai siap! Anda terus dibawa ke panel admin kedai. Emel selamat datang juga dihantar bersama pautan penting.
oode.my/daftar
Halaman pendaftaran kedai
Halaman pendaftaran kedai
Satu akaun pemilik boleh mempunyai beberapa kedai. Tambah kedai seterusnya dari Akaun pemilik → + Kedai baru.
Langkah 2

Tetapan kedai & jenama

Di Tetapan → Kedai, lengkapkan maklumat asas dan pilih cara kedai anda dipaparkan kepada pelanggan.

Landing page jualan

Satu produk satu halaman — pelanggan terus checkout. Sesuai untuk iklan Facebook, TikTok atau Google.

Kedai online (troli)

Laman utama dengan senarai produk dan troli. Pelanggan boleh beli beberapa produk sekaligus.

  1. Isi nama kedai, no WhatsApp, nama & no pendaftaran perniagaan (SSM) jika ada — dipaparkan pada invois.
  2. Muat naik logo sekali sahaja — saiz untuk header, emel, invois dan ikon pelayar dijana automatik.
  3. Pilih templat laman utama (Ringkas, Moden atau Butik), tetapkan warna jenama, sepanduk dan teks "Tentang kami".
kedaianda.oode.my/admin
Tetapan kedai: mod kedai & maklumat perniagaan
Tetapan kedai: mod kedai & maklumat perniagaan
Langkah 3

Sambung pembayaran online

Bayaran pelanggan masuk terus ke akaun perniagaan anda. Oode.my tidak memegang wang jualan dan tidak mengenakan caj bagi setiap transaksi.

  1. Daftar akaun gerbang pembayaran (CHIP) untuk perniagaan anda, kemudian dapatkan Brand ID dan Secret Key.
  2. Buka Tetapan → Pembayaran, tampal kedua-duanya dan tekan Simpan & sahkan sambungan — status bertukar kepada "Disahkan".
  3. Pilih kaedah yang mahu dipaparkan: FPX, DuitNow QR, kad debit/kredit, e-wallet (Touch 'n Go, GrabPay, ShopeePay) dan lain-lain.
  4. Pilihan: aktifkan pindahan bank manual / DuitNow QR — pelanggan muat naik resit, anda sahkan dengan satu tekan.
kedaianda.oode.my/admin
Tetapan pembayaran & pilihan kaedah bayaran di checkout
Tetapan pembayaran & pilihan kaedah bayaran di checkout
Sementara akaun gerbang pembayaran anda menunggu kelulusan, gunakan pindahan bank manual supaya kedai sudah boleh menerima pesanan.
Langkah 4

Tambah produk

Pergi ke Produk → + Tambah produk. Pilih jenis Fizikal (barang dihantar) atau Derma (kempen kutipan).

  1. Gambar & video — sehingga 12 gambar (ditukar ke WebP & dimampatkan automatik) serta video MP4 atau pautan YouTube.
  2. Harga — harga jualan dan harga asal (dipapar bercoret dengan peratus diskaun).
  3. Variasi — saiz, warna atau pakej, setiap satu dengan harga, stok, SKU dan berat sendiri.
  4. Templat halaman produk — Mobile Shop, Minimal, Long-form Sales Page, Marketplace atau Mini Site (HTML sendiri).
  5. Tambah kelebihan, ulasan pelanggan, soalan lazim dan pemasa flash sale untuk meningkatkan jualan.
kedaianda.oode.my/admin
Edit produk: maklumat, templat & warna tema
Edit produk: maklumat, templat & warna tema
Popup pilih variasi & kuantiti
Pelanggan pilih variasi dalam popup
Langkah 5

Tetapkan penghantaran

Kos penghantaran dikira automatik semasa checkout mengikut alamat dan berat. Di Tetapan → Penghantaran, aktifkan satu atau lebih kaedah:

Kadar tetap

Harga berbeza untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

Ikut item

Caj permulaan + caj tambahan setiap item seterusnya.

Kadar kurier semasa

Integrasi MyParcel Asia & EasyParcel — harga sebenar kurier, boleh tambah markup.

  1. Isi alamat pickup (alamat pengirim) di Tetapan → Alamat Pickup.
  2. Tetapkan berat setiap produk atau variasi.
  3. Pilihan: penghantaran percuma untuk belian melebihi jumlah tertentu.
kedaianda.oode.my/admin
Tetapan penghantaran
Tetapan penghantaran
Langkah 6

Terima & urus pesanan

Kongsi pautan kedai atau produk di bio media sosial, iklan dan WhatsApp. Bila pesanan dibayar:

  1. Anda terima notifikasi Telegram serta-merta; pelanggan terima emel pengesahan & invois.
  2. Di menu Order, tapis ikut status (Dibayar, Diproses, Dihantar…), cari, atau pilih beberapa pesanan untuk tindakan pukal.
  3. Jana & cetak AWB untuk banyak pesanan dalam satu PDF.
  4. Tukar status kepada Dihantar — pelanggan terima emel nombor penjejakan secara automatik dan boleh semak status sendiri.
kedaianda.oode.my/admin
Senarai pesanan dengan status & tindakan pukal
Senarai pesanan dengan status & tindakan pukal
kedaianda.oode.my/admin
Butiran pesanan: pelanggan, penghantaran, status & nota
Butiran pesanan: pelanggan, penghantaran, status & nota
Langkah 7

Kupon & promosi

  1. Kupon diskaun — peratus (dengan had maksimum), potongan tetap atau penghantaran percuma; tetapkan belanja minimum, produk tertentu, had penggunaan dan tarikh tamat.
  2. Kongsi pautan dengan kupon siap diisi: kedaianda.oode.my/nama-produk?kupon=RAYA10.
  3. Flash sale dengan pemasa kiraan masa, dan harga bercoret untuk tawaran.
  4. Pasang Facebook Pixel & TikTok Pixel pada setiap produk untuk menjejak prestasi iklan.
Langkah 8

Kempen kutipan derma

Sesuai untuk masjid, surau, sekolah, persatuan dan NGO. Penderma membayar secara online dan menerima resit automatik.

  1. Tambah produk jenis Derma — isi penganjur, sasaran kutipan dan tarikh tamat.
  2. Tetapkan pakej sumbangan (contoh "Tajaan 1 tiang RM250") dan/atau amaun pilihan sendiri.
  3. Bar kemajuan dan senarai penderma dikemas kini serta-merta. Penderma boleh sembunyikan nama.
  4. Lihat senarai penderma, mesej/doa dan eksport CSV di menu Derma.
kedaianda.oode.my/admin
Senarai penderma & kutipan
Senarai penderma & kutipan
Halaman kempen derma
Halaman kempen derma
Langkah 9

Domain sendiri & SEO

  1. Di Tetapan → Kedai → Urus domain sendiri, tambah domain anda (contoh www.kedaianda.com).
  2. Letak satu rekod CNAME di penyedia domain anda — sistem semak secara automatik.
  3. Bila aktif, tekan Jadikan domain utama. Sijil SSL dikeluarkan percuma & automatik.

Setiap kedai sudah mesra SEO: URL kemas, peta laman (sitemap), data produk berstruktur untuk Google, serta tetapan tajuk, deskripsi dan gambar kongsi.

Langkah 10

Staf & notifikasi

  1. Sambung Telegram sekali tekan di Tetapan → Telegram — notifikasi pesanan, derma, resit dan ulasan terus ke telefon. Boleh sambung group pasukan juga.
  2. Jemput staf melalui emel dengan peranan berbeza: Pengurus (hampir semua) atau Staf order (pesanan sahaja).
  3. Setiap staf log masuk dengan emel & kata laluan sendiri, dan boleh dinyahaktifkan bila-bila masa.
kedaianda.oode.my/admin
Sambung Telegram & kod log masuk (2FA)
Sambung Telegram & kod log masuk (2FA)
kedaianda.oode.my/admin
Jemput staf dengan peranan
Jemput staf dengan peranan
Langkah 11

Keselamatan & data anda

SSL & data diasingkan

Semua halaman melalui HTTPS. Data setiap kedai disimpan berasingan daripada kedai lain.

Pengesahan dua faktor (2FA)

Kelulusan log masuk melalui Telegram atau kod emel, dengan pilihan "ingat peranti ini".

Log masuk berasingan

Akaun pemilik (langganan & bil) dan admin kedai (operasi) menggunakan log masuk berbeza. Log masuk dengan Google turut disokong.

Sandaran harian

Data disandarkan setiap hari. Anda juga boleh mengeksport data kedai bila-bila masa.

Langkah 12

Laporan & eksport

Menu Laporan memaparkan jualan harian & bulanan, produk terlaris, kaedah bayaran, jualan mengikut negeri dan status pesanan. Data pesanan, produk dan media boleh dieksport (CSV & ZIP) bila-bila masa.

kedaianda.oode.my/admin
Laporan jualan
Laporan jualan

Masih ada soalan?

Di dalam admin kedai terdapat butang Bantuan yang menjawab soalan penggunaan 24 jam. Untuk perkara lain, hubungi kami di [email protected].

Cuba percuma selama 90 hari →